Saturday, December 26, 2009

Lagi Sokongan Tokoh Islam Dunia Kpd Anwar



Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah, Dr. Wahbah as- Zuhaily, Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Universiti Damsyik, Syria!....beliau merupakan seorang cendekiawan Islam dunia, pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami) serta antara ulamak muktabar dunia dalam bidang pengkhususan fiqah..

Malah lebih dari itu, beliau juga adalah seorang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Malaysia pada tahun 2008!! (boleh baca di sini)...Ini bermakna, dua orang Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dari luar negara iaitu Dr Wahbah (2008), dan Syiekh AL-Qaradawi (2009) telah mempertahankan Anwar Ibrahim!...

CENDEKIAWAN Islam Dr. Wahbah az-Zuhaily malam tadi menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa.

Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di Bukit Segambut, di sini.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

“Tidak semua yang diperjara itu bersalah…seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.

“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya…semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s,” jelasnya.

“Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini.”

Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.

“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil,” jelasnya.

“Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.”

Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.

Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.

Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.

Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.

Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. -END

Sumber: zainulfaqar

Aai: Sesungguhnya Allah itu adil. Jika kita ikhlas berjuang, walau difitnah dihina tapi orang tetap akan menyokong kita... Bukan calang-calang orang wa cakap lu, Ulamak dunia beb! Betul ada jugak yang menentang, biasa la tak semua orang guna otak, ada yang otak kat kepala lutut....

Sunday, December 20, 2009

Apa kata Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi...

Bersempena dengan sambutan Maah Hijrah 1431, dengan tema tahun ini iaitu ‘Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’, kerajaan Malaysia telah mengurniakan Tokoh Maal Hijrah 1431 untuk anugerah peringkat antarabangsa kepada Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi.

Sempena kedatangan beliau ke Malaysia, Sahibul Fadhilah Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyampaikan pidato perdana beliau sempena Sambutan Awal Muharram di Masjid Negeri Shah Alam semalam Sabtu 02 Muharram 1431 / 19 Disember 2009.

Kehadiran jemaah yang begitu ramai membuktikan betapa unggul dan hebatnya ulama' tersohor dunia Islam hari ini.

Walaupun terdapat usaha pihak tertentu untuk menggagalkan ceramah perdana tersebut namun dengan izin ALLAH majlis tersebut berjalan dengan baik.

Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi memulakan ucapan dengan menceritakan persahabatan yang terjalin diantara beliau dengan seorang pemimpin muda Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ditahun 70an.
Bagaimana pemimpin ABIM tersebut terus memelihara silaturrahmi mereka, walaupun sudah menjadi pemimpin besar negara, pemimpin tersebut terus berhubungan dengan beliau dan beberapa kali mengadakan pertemuan samada dengan menjemput beliau ke negara ini ataupun di luarnegara.
Apablia pemimpin itu dijatuhkan dan di 'aibkan, Sheikh Dr. Yusuf Al Qordawi menceritakan bagaimana beliau terus menerus berhubungan dan mendoakan pemimpin tersebut, sehinggalah pemimpin tersebut dibebaskan daripada penjara. Kini beliau terus dengan silaturrohmi bersama pemimpin tersebut.
Pemimpin yang beliau maksudkan ialah DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!

Selanjutnya...

Aai: Insan ini dikenali dan dihargai diluar negara. Tapi sayang angkara fitnah dan iri-hati, beliau begitu dibenci oleh pihak BN...

Sunday, December 13, 2009

Sebab Ahmad Said letak jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM



Manikavasagam Cabar Ahmad Said Jawab Pemberian Kontrak Uniform SPRM

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang didakwa memberi kontrak uniform agensi itu tanpa memalui tender terbuka.

Katanya, kontrak pembekalan peralatan pakaian yang bernilai 7.5 juta ringgit itu diberikan kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Manikavasagam berkata, berdasarkan maklumat carian syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat ini hanya berdaftar sebagai pembuat Medal serta kraftangan berasaskan logam, diberi kontrak secara rundingan terus.

Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan selaku ketua SPRM atau sebelum dikenali sebagai BPR telah memberi satu kontrak pembekalan Head to Toe baju sejumlah nilai hampir 7.5 juta untuk 1,000 orang. Selalu SPRM siasat sama polis, siasat sama Ahli Parlimen, sekarang ketua dia buat, siapa mahu siasat? Saya pun tidak tahu, hari ini saya buat laporan polis, saya ingat menyalah guna kuasa ini, adakah polis mempunyai kuasa tangkap atau siasat ini ketua?”, katanya yang ditemui Tv Selangor.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Klang pagi tadi.

Manikavasagam turut mempertikaikan tindakan berdiam diri Kementerian Kewangan yang mengecualikan pemberian kontrak ini melalui tender terbuka kerana seolah-olah menghalalkan pemberian kontrak secara rundingan terus.

Katanya, mengikut prosedur pembekalan kerajaan, mana-mana pembekalan melebihi 200 ribu ringgit hendaklah melalui proses tender terbuka di bawah Kementerian Kewangan.

Beliau turut mempersoalkan kenaikan lebih 150 peratus harga peralatan yang dibekalkan syarikat itu berdanding harga semasa melalui tender terbuka.

Masa dulu BPR dia tukar kepada MACC, uniform, beg, tali pinggang, semua ada, jadi satu tali pinggang harga dia markup 150 peratus”, jelasnya.

Ekoran itu, Manikavasagam mencabar Ahmad Said yang akan meletakkan jawatan pada 31 Disember ini untuk menjelaskan mengenai dakwaan berkenaan.

Sumber: TVSelangor.com

Aai: Adakah polis akan membuat siasatan akan kes ini? Tunggu dan lihat.....


Isu BTN: Nazri Aziz Vs Tun Mahathir

ROUND PERTAMA

Berkatalah Pak Menteri ini kepada Memanda Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz,menggelar Dr Mahathir sebagai 'bapa segala perkauman'...???


Dan selepas itu ia dibalas kembali oleh Memanda Menteri....




Dr Mahathir membalas balik dengan mencabar Nazri meletak jawatan dari Umno, yang disifatkannya sebagai sebuah pertubuhan rasis.






Berbalahlah sesama mereka dan diteruskan dengan ROUND KEDUA:


Nazri pula menjawab,oleh kerana Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa UMNO sebuah Parti RASIS,maka beliau ( Dr Mahathir ) adalah 'BAPA segala PERKAUMAN 'kerana menjadi presidennya selama 22 tahun.



Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Menteri berhubung soal BTN...Nampaknya ia sudah tidak boleh lagi diselindungkan,bila berbicara soal BTN..semua orang dah tahu ia MODUL yang bersifat RASIS...!!

"Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu audiens bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya? Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil," katanya.-Nazri Aziz

Sumber: sya~reformis

Aai: Bergaduhlah hampa sama sendiri, Yang bestnya Pemimpin UMNO sendiri yang cakap Tun Mahathir BODOH... Ha Ha Ha... Dulu masa Mahthir jadi PM semua pakat bodek dia, semua dia buat betoi belaka, termasuk la jugak dengan penyokong2 karat UMNO yang masih tak nampak lagi yang perjuangan UMNO la ni dah pun terpesong dari matlamat sebenarnya.... Semoga BN akan karam dalam PRU13 nanti.

Hasil Minyak Negara disalah Guna, pengakuan ikhlas Ku Li

Hari ini Ku Li seakan meluahkan isi hati beliau dengan mengatakan yg sememangnya UMNO/BN kini sedang menjahanamkan Malaysia.

Ku Li 12 Dis 09 1;45pm -Malaysiakini

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

Aai : Apakah ini yang dikatakan kemajuan setelah 52 tahun BN memerintah? Fikir-fikirkan lah...

Thursday, December 10, 2009

PAHANG Dah Nak Bangkrap

1. Kerajaan UMNO dan BN negeri Pahang telah di saman oleh Spag’n Plantation Sdn Bhd sebanyak RM 209 juta dan Syarikat Upayapadu (M) Sdn Bhd RM 24 juta. Hal ini kerana kerajaan Pahang mungkir janji .

2. Spg’n telah mebuat satu cadangan Projek Ladang Hutan atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar di Mukim Penor. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan pada 16 Jun 2009. Syarikat telah membayar RM 185 325 untuk kos ukur dan penyediaan hak milik ladang. Syarikat tersebut mendakwa kerajaan negeri telah memberi pula projek berkenaan kepada syarikat lain.

3. Syarikat Upayapadu pula melibatkan konsesi pembalakan seluas 23 000 ekar dalam daerah Raub. Syariakt menjelaskan bayaran sebanyak RM 413 086.35 merangkumi deposit, penyediaan sempadan, pemprosesan lesen dan lain lain . Namun kerajaan negeri gagal mengeluarkan lesen.

4. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, melunaskan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat [ Seruan Gemilang Makmur ] kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan. Hakim Datuk Abd Halim Aman memutuskan pihak responden (menteri besar) perlu melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula 15 Oktober 2008 , syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan ‘mandamus’ setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.

5. Pada 9 Disember 2002, syarikat itu memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pahang Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar.

6. Pada 17 September tahun lalu, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000

7. Akibat dari jumlah hutang kerajaan negeri Pahang yang begitu besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang. Inilah yang berlaku di Pahang ekoran saman terhadap kerajaan dan juga hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.

8. Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta. Seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Yb. Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.

9. Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu. Yb. Azan menaksirkan bahawa jumlah keseluruhan saman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN, termasuk tuntutan dari pelbagai pihak ketika Pahang masih di bawah teraju Tun Khalil Yaakob, adalah dalam lingkungan RM5 bilion.

10. Ini melambangkan sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Umno dan BN yang tidak bertanggungjawab serta memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya demi kepentingan pemimpin dan kroni mereka yang rakus . Apabila negeri ini mula menghadapi masalah kewangan yang parah , mangsanya adalah rakyat dan rakyatlah yang akan menanggung bebannya melalui kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya.

Posted by KPPP

Aai: Adakah rakyat Pahang berani utk ikut jejak langkah rakyat Selangor, Kedah, Penang, Perak dan Kelantan?...

Wednesday, December 2, 2009

3 Hakim Senior Akan Ditransfer keluar???

FreeMalaysiaToday

2 Dec 2009

KUALA LUMPUR: Three independent minded judges who have made some rulings unfavourable to the Barisan Nasional government are expected to be transferred out of the High Court’s Appellate and Special Powers division soon.

They are due to be moved to the High Court’s Commercial Division, where they will no longer be able to hear politically linked cases.

The three are Justice Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Justice Lau Bee Lan and Justice Mohamad Ariff Md Yusoff, according to the latest edition of Suara Keadilan, the official organ of Parti Keadilan Rakyat.

The paper quoted court insiders as saying that the judges will be transferred this month.

Justice Alizatul recently declared that Umno’s Abu Hassan Sarif was no longer the Kedah state assemblyman for Kota Siputeh and ordered the Election Commission to hold a by-election.

An appeal is now pending against her judgment.

Justice Lau heard the case in which deposed Mentri Besar Mohammad Jamaluddin of Pakatan Rakyat challenged the legitimacy of his successor, Umno’s Zambry Abdul Kadir, and ruled that the Federal Court must determine four constitutional questions.

However, the Federal Court ordered that the case of who was the rightful Perak Menteri Besar should be heard by the High Court. The case was later heard by a new High Court judge who replaced Justice Lau without the public being given any reason given for the switch.

In what was seen as a stunning rebuff to the Barisan Nasional government and the Malaysian Anti-Corruption Commission’s investigative procedures, Justice Mohamad Ariff recently ruled that MACC had no right to question witnesses in an investigation beyond normal office hours.

The judge also found that the MACC acted illegally when it detained Pakatan Rakyat’s Kajang town councillor Tan Boon Wah overnight at its Selangor head office in Shah Alam.

Suara Keadilan opines that the transfer of the three judges was an attempt by the Umno-led Barisan to strengthen its grip on the judiciary.

It says that one of the judges to be named to the Appellate and Special Powers Division is Justice Mohamed Apandi Ali, a former Kelantan Umno treasurer who was appointed Judicial Commissioner in 2003.

Commenting on the expected transfer of the judges, lawyer Edmund Bon told Suara Keadilan that he and many of his colleagues were uneasy about the development.

He pointed out that there had not been a single complaint against any of the three judges throughout their service in the Appellate and Special Powers Division.

Since no logical reason could be seen for the decision to move out the judges, he said, there was no escaping the perception that politics was behind it.

Aai: Adakah yang tinggal hanyalah... angguk-angguk, geleng-geleng.....Ikut saja...


Plot Liwat II Dah Nak Sempurna?

Anwar gagal buang kes liwat
Malaysiakini
1 Dec 2009




Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditetapkan bermula 25 Januari tahun depan selepas permohonannya untuk membuang kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tarikh perbicaraan kes tersebut, yang ditunda beberapa kali akibat beberapa permohonan penasihat PKR itu, dijadual selama sebulan sehingga 25 Februari.

Pagi ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa hanya perbicaraan penuh dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak penembusan pada dubur pengadu kes tersebut Mohd Saiful Bukhari Azlan seperti dalam pertuduhan.
Anwar, ketua pembangkang di Parlimen, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lalu.

Dalam perbicaraan terdahulu (Rujukan Bernama), Peguam Sivarasa berhujah:-

"Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi (kat sini.)yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal," katanya, sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku.

Kata sivaraja lagi, dgn pengesahan Dr saja dah pun cukup untuk mahkamah membatalkan dakwaan terhadap Anwar memandangkan jelas bahawa tiada kesalahan yang telah dilakukan.

Sivarasa turut berhujah bahawa dakwaan terhadap Anwar tidak berasaskan bukti sebaliknya berat sebelah, menyalahi undang-undang, berniat jahat, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Beliau berkata mahkamah mempunyai hak dan kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonan membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu bagi mengelak pendakwaan yang menindas dan mempunyai niat buruk terhadap Anwar.

Sivarasa berkata pembabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes itu jelas menunjukkan niat jahat terhadap Anwar, memandangkan beliau disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan laporan polis terhadap beliau oleh Anwar membabitkan pemalsuan keterangan dalam insiden "mata lebam" ketika Anwar ditahan polis pada 1998.

Walaubagaimanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata pertuduhan ini adalah berdasarkan kepada laporan DNA oleh ahli kimia, yang terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar"

Mai dengar apa komen Anwar


Aai: Bukti perubatan dah kantoi...Yang ada adalah bukti DNA, Patut la Akta DNA dibincang dan diluluskan dgn tergesa-gesa di Parlimen sebelum ni, sebab nak diguna pakai utk kes liwat II ni rupanya... he he he... Malaysia Bole!...