Monday, November 30, 2009

KULI: Hormati Perjanjian royalti 5%



SINAR HARIAN ONLINE (Isnin 30-11-2009)

SHAH ALAM - Tindakan Kerajaan Pusat dan Petronas yang masih berdegil untuk memberi wang royalti kepada Kelantan akan memberi implikasi besar kepada negeri berkenaan dan negara secara keseluruhan.

Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Petronas diwujudkan untuk menyatukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia di bawah satu formula ringkas untuk berkongsi sumber petroleum negara.


Menurutnya, sebarang tindakan untuk menidakkan hak negeri-negeri yang mempunyai aktiviti petroleum untuk mendapatkan wang royalti dan mengganggu formula ringkas ini akan mengakibatkan kesan yang serius kepada Persekutuan Malaysia.


“Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolah pun memahaminya,” katanya dalam blognya, semalam.

Razaleigh berkata, keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai kewajipan Petronas membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayaran mereka.

“Hak royalti 5 peratus negeri-negeri tersebut dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan aktiviti petroleum yang dilakukan di negeri berkenaan. Sebagai ganti rugi, Petronas wajib membayar wang royalti secara terus kepada negeri tersebut," katanya.

Kebenaran yang tak boleh disembunyikan lagi klik di sini


Aai: Dulu pemimpin UMNO Kelantan sendiri kata tiada royalti boleh Kelantan tuntut sebab minyak berada di luar perairan Kelantan konon... Atas kejujuran KULI ini, hai tak tau la macam mana depa nak letak muka bila berhadapan dengan rakyat Kelantan...

UMNO dah membusuk sampai ke usus


Tu dia....dah teruk sangat parti UMNO ni, membarah busuk sampai ke usus dah rupanya.

Jom kita baca artikel terbaru Tun M, klik kat sini.

Aai: Dah sedar ke penyokong-penyokong UMNO, akan keadaan nazaknya UMNO kini? Itu la bila perjuangannya dah lari dari matlamat asal, sudah tentu tak diberkati Allah. Akhirnya akan jatuh juga seperti mana jatuhnya parti-parti tertua lain spt di Jepun dan India. InsyaAllah...

Berjuang untuk rakyat konon, poorah!...

Biro Tata Negara (BTN), pemimpin BN dah gelabah

Bila Kerajaan Selangor begitu berani mengeluarkan arahan tidak membenarkan pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar dibawah pentadbiran Kerajaan Selangor dari menghadiri program BTN, maka mengelabahlah pemimpin-pemimpin BN.

Arahan kerajaan Negeri Selangor itu dikeluarkan kerana program BTN didakwa sekadar sesi membasuh otak yang sengaja diolah Barisan Nasional (BN) untuk meracuni pemikiran peserta bagi membenci pembangkang selain dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Muhyidin, Hishamuddin, Mukhriz dan ramai lagi telah bersuara menentang tindakan Kerajaan Selangor tersebut. Muhyidin kata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia. Manakala Mukhriz Mahathir pulak kata tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu adalah keterlaluan dan tidak wajar kerana kursus BTN hanya berkaitan kenegaraan dan menyemai sifat kepimpinan di kalangan pesertanya. Macam-macam la pujian dan kebaikan BTN diwara-warakan.......

Bukan sahaja Selangor, kini Kerajaan P.Pinang pulak bersetuju mengikut langkah Selangor. Kedah dan Kelantan pulak masih dalam perhatian.

Apabila kuasa melawan diberikan oleh pentadbiran kerajaan Pakatan, hari ini,
dalam mstar online:

mengikut kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, kabinet telah bersetuju utk merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia. Kata Nazri, keputusan kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.

"Kita harus merombak kurikulum BTN. Sekarang konsep IMalaysia. Kurikulum sebelum ini tidak menepati dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

"Sehubungan itu saya percaya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah pun mengarahkan BTN untuk membuat rombakan tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai keputusan yang diumumkan Mohamed Nazri itu berkata, terdapat percanggahan pandangan oleh beberapa pemimpin kerajaan dengan apa yang diumumkan itu.

Beliau berkata beberapa pemimpin BN mengatakan BTN diasaskan untuk menimbulkan kesedaran serta memupuk semangat kebangsaan, sedangkan apa yang diumumkan Mohamed Nazri adalah sebaliknya.

"Ada percanggahan pandangan daripada pimpinan BN lain yang mengatakan BTN adalah program terbaik memupuk kesedaran kebangsaan sedangkan Mohamed Nazri mengatakan kurikulum BTN perlu disusun semula.

"Ini bermakna ada beberapa pemikiran atau modul asas dalam BTN itu perlu dirombak. Saya tidak tahu apa maksud mereka tetapi soal BTN ini telahpun dibahaskan berulang kali," katanya.

Anwar berkata, beliau tidak ada masalah dengan mana-mana kursus sama ada dianjurkan oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri asalkan tujuannya untuk membangkitkan kesedaran dan motivasi kepada peserta.

Sehubungan itu Anwar meminta tokoh-tokoh utama BTN untuk untuk tampil ke hadapan berhujah dan berbahas secara terbuka mengenai isu tersebut.

"Sebaiknya tokoh-tokoh BTN harus berdepan dan jawab serta bahas secara terbuka mengenai isu BTN sebagai seorang pejuang Melayu. Jangan hanya menjerit dalam suasana tertutup," katanya.

Aai: Sekarang nampak jelas bijaknya tindakan yg diambil oleh Selangor sehinggakan kerajaan BN sanggup ubah kurikulum BTN. Siapakah gerangan penasihat Kerajaan Selangor yg baru dilantik dgn gaji RM1.00 sebulan tu?


Thursday, November 26, 2009

Najib atau Tun Razak, Siapa cakap bohong?

Kata Najib menjawab soalan Lim Kit Siang di Parlimen pd 3 Nov yg lalu,bahawa daripada aspek undang-undang, Kelantan dan Terengganu tidak berhak atas royalti minyak kerana pengeluaran minyak dilakukan di luar pantai kedua-dua negeri itu.

"Operasi pengeluaran dalam perairan mereka (Terengganu dan Kelantan) didefinasikan sebagai kawasan tidak lebih tiga batu nautika yang diukur mulai dari tanda air rendah atau garis pantai negeri,

"ketika ini, tidak ada pengeluaran minyak di perairan Kelantan ataupun Terengganu. Oleh itu, dari sudut undang-undang, Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti minyak, sama seperti Terengganu ,"kata Najib.

Jawapan Najib ini jelas bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh Tun Razak, bapak dia, ketika beliau menjawab soalan Lim Kit Siang di Parlimen tentang isu yang sama pada tahun 1975, 24 tahun yang lalu.

Berikut adalah Kata Tun Razak berkenaan isu yang sama, semasa Soal Jawab beliau dgn Lim Kit Siang berdasarkan Hansard Parlimen pada 12 November, 1975:

Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.

Perdana Menteri (Tun Razak): Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium, 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petrolium yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun ejensi-ejensi ataupun konraktor-kontraktornya.

Rumusannya, Si bapak kata Kelantan dan Terengganu adalah berhak keatas bayaran 5% royalti minyak bagi aktiviti pengeluaran minyak "samada di darat atau di luar pantai", sebagaimana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974, tapi si anak pulak kata tak dak hak......

Kenyataan penuh Lim Kit Siang, sila klik di sini.

Aai: So sapa cakap bohong la ni... Si anak ke or Si bapaknya???

Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala

Wednesday, November 25, 2009
Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala
Nov 25, 09 4:40PM
Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya ada kaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam perisik persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

Menurutnya, fakta-fakta nampaknya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu dia lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik Najib - Datuk Nazim - dan menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa dia (Nazim) berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan dari abangnya?".

Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib - Datin Seri Rosmah Mansor - supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Najib telah berulangkali menafikan spekulasi bahawa beliau adalah di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan balasubranamiam menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan pertemuan seterusnya beliau dengan bekas pegawai polis itu, selepas muncul semula dari persembunyian setahun kemudiannya.

Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."

"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.

Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".

Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana subahat dan konspirasi.

Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Bala di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.

Berita dipetik dari Malaysiakini.

Aai: Dulu ketika ditanya kepada Najib adakah dia akan saman Bala, Najib kata tak perlu memandangkan Bala telah pun tarik kenyataan bersumpah beliau terdahulu yang babitkan Najib dgn pembunuhan Altantuya. La ni macam mana..... Beranikah Najib menyaman Bala???

Drama TV Hong Kong - Kisah Pembunuhan Altantuya




Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri bertajuk “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur” berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.

Arnaud Dubus wartawan yang berpengkalan di Bangkok, Thailand telah membuat kajian mengenai kes pembunuhan berprofil tinggi tersebut dan pernah ke Kuala Lumpur, Mongolia dan Perancis untuk melengkapkan kajiannya. Dalam tulisannya yang bertajuk The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? beliau telah mendedahkan bagaimana Azilah Hadri memberitahu Sirul Azhar Umar bahawa mereka akan mendapat bayaran sekitar RM 50,000 – RM 100,000 untuk “menyelesaikan” Altantuya.

Utk membaca Hasil siasatan wartawan Perancis, Arnaud Dubus, klik kat sini.

Dalam drama siri emas itu nanti, watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansor oleh Rebecca Chan.

Drama bersiri terbitan TVB Hong Kong ini dirancang untuk ditayangkan dlm siaran drama siri emas pada tahun 2010 nanti.

Kita tungguu.......

Utk berita selanjutnya, klik di sini.

Aai: Apasal TVB Hong Kong sampai begitu berani buat cerita kisah pembunuhan Altantuya sehingga mencemarkan imej Najib Razak? Kenapa Najib tak berani nak saman pertuduhan wartawan Perancis tsb yg mengaitkan dirinya dgn pembunuhan Altantuya utk bersihkan nama beliau? Jika di saman, sudah tentu perbicaraan akan diadakan di luar negeri di mana sistem kehakimannya adalah benar-benar bebas dan sudah tentu bukti-bukti akan dibawa ke mahkamah...Adakah Najib takut? Lu Pikir la sendiri...