Monday, November 30, 2009

Biro Tata Negara (BTN), pemimpin BN dah gelabah

Bila Kerajaan Selangor begitu berani mengeluarkan arahan tidak membenarkan pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar dibawah pentadbiran Kerajaan Selangor dari menghadiri program BTN, maka mengelabahlah pemimpin-pemimpin BN.

Arahan kerajaan Negeri Selangor itu dikeluarkan kerana program BTN didakwa sekadar sesi membasuh otak yang sengaja diolah Barisan Nasional (BN) untuk meracuni pemikiran peserta bagi membenci pembangkang selain dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Muhyidin, Hishamuddin, Mukhriz dan ramai lagi telah bersuara menentang tindakan Kerajaan Selangor tersebut. Muhyidin kata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia. Manakala Mukhriz Mahathir pulak kata tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu adalah keterlaluan dan tidak wajar kerana kursus BTN hanya berkaitan kenegaraan dan menyemai sifat kepimpinan di kalangan pesertanya. Macam-macam la pujian dan kebaikan BTN diwara-warakan.......

Bukan sahaja Selangor, kini Kerajaan P.Pinang pulak bersetuju mengikut langkah Selangor. Kedah dan Kelantan pulak masih dalam perhatian.

Apabila kuasa melawan diberikan oleh pentadbiran kerajaan Pakatan, hari ini,
dalam mstar online:

mengikut kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, kabinet telah bersetuju utk merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia. Kata Nazri, keputusan kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.

"Kita harus merombak kurikulum BTN. Sekarang konsep IMalaysia. Kurikulum sebelum ini tidak menepati dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

"Sehubungan itu saya percaya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah pun mengarahkan BTN untuk membuat rombakan tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai keputusan yang diumumkan Mohamed Nazri itu berkata, terdapat percanggahan pandangan oleh beberapa pemimpin kerajaan dengan apa yang diumumkan itu.

Beliau berkata beberapa pemimpin BN mengatakan BTN diasaskan untuk menimbulkan kesedaran serta memupuk semangat kebangsaan, sedangkan apa yang diumumkan Mohamed Nazri adalah sebaliknya.

"Ada percanggahan pandangan daripada pimpinan BN lain yang mengatakan BTN adalah program terbaik memupuk kesedaran kebangsaan sedangkan Mohamed Nazri mengatakan kurikulum BTN perlu disusun semula.

"Ini bermakna ada beberapa pemikiran atau modul asas dalam BTN itu perlu dirombak. Saya tidak tahu apa maksud mereka tetapi soal BTN ini telahpun dibahaskan berulang kali," katanya.

Anwar berkata, beliau tidak ada masalah dengan mana-mana kursus sama ada dianjurkan oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri asalkan tujuannya untuk membangkitkan kesedaran dan motivasi kepada peserta.

Sehubungan itu Anwar meminta tokoh-tokoh utama BTN untuk untuk tampil ke hadapan berhujah dan berbahas secara terbuka mengenai isu tersebut.

"Sebaiknya tokoh-tokoh BTN harus berdepan dan jawab serta bahas secara terbuka mengenai isu BTN sebagai seorang pejuang Melayu. Jangan hanya menjerit dalam suasana tertutup," katanya.

Aai: Sekarang nampak jelas bijaknya tindakan yg diambil oleh Selangor sehinggakan kerajaan BN sanggup ubah kurikulum BTN. Siapakah gerangan penasihat Kerajaan Selangor yg baru dilantik dgn gaji RM1.00 sebulan tu?


No comments:

Post a Comment