Saturday, March 20, 2010

Ehud Barak kata 1 Israel, Najib kata 1 Malaysia

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar. (Aaifikir: Kalau tak betul, UMNO boleh saman dia... ada berani ka?)

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.

"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.


Lihat video klik kat sini, Utk kenali APCO, klik kat sini.

Aaifikir: UMNO benci Isreal konon.... PIEERAHHHH!!!

Friday, March 19, 2010

Musa Hitam: Biar Kerajaan Kelantan Uruskan Royalti Minyak

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata, pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh Kerajaan Pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.

Justeru seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih “arif” dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.

Dalam temu bual dengan Astro Awani hari ini, Musa (gambar) berkata pembayaran wang itu biar apapun istilahnya mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.

Pandangan ini dibuat ketika soal wang royalti menjadi isu politik hangat buat masa sekarang dengan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan dan Ketua Umno Gua Musang berulang kali menegaskan Kelantan berhak menerima royalti atau bayaran tunai tetapi bukannya wang ihsan yang ditentukan kerajaan pusat.

Dalam komennya itu Musa juga percaya bahawa Tengku Razaleigh tahu apa yang beliau pertahankan.

“Kalau betullah kata Tengku Razaleigh, saya fikir Tengku Razaleigh arif dalam hal ini, oleh sebab dia dulu dengan Petronas, dia dalam kerajaan,” katanya.

Sebelum ini Tengku Razaleigh mempertahankan hak Kelantan menuntut royalti minyak.

Kerajaan Kelantan pula pada tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat. Namun Kerajaan Pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.

Sebaliknya Kerajaan Pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan.

Musa, yang pernah bergandingan dengan Tengku Razaleigh pada pemilihan Umno tahun 1987 melawan kepimpinan Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pandangannya ini mungkin akan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno.

Selanjutnya baca kat sini...

Aaifikir: Ku Li dah bagi tamparan, dan kini satu lagi tamparan oleh Musa Hitam pulak keatas pentadbiran Najib berhubung pengagihan duit royalti minyak kepada Kelantan... Mereka berdua adalah Veteran UMNO..... Pukulan orang dalam lagi berbisa woi!..

Ku Li: Wang Ehsan punca rasuah, salah guna kuasa

KUALA TERENGGANU, 19 Mac — Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terus menegakkan pendiriannya dalam isu royalti minyak dengan malam tadi menegaskan, pemberian wang ihsan sebenarnya menjadi punca kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam penjelasan kepada rakyat Terengganu malam tadi — lokasi terbaru beliau selepas Kota Baru dua bulan lalu — bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak menafikan banyak salah guna kuasa wujud ekoran penyaluran wang ihsan.

“Saya dengar khabar kerajaan Terengganu sekarang (pimpinan Umno-BN) tidak mahu menerima (baki wang ihsan) sebab tidak mahu menerima akaun macam mana duit (penyaluran wang ihsan) telah dibelanjakan tempoh hari, sepanjang lima tahun lalu.

“Sebab itu (wujud) banyak salah guna kuasa... buat itu, buat ini. Semuanya runtuh, tak kekal pun,” kata beliau dengan merujuk kepada beberapa kejadian bangunan milik kerajaan negeri di sini runtuh termasuk stadium.

“Jadi kita kena ingat banyak duit, barangkali diguna sebagai upah, rasuah, banyak harga barang dinaikkan kerana dicuri duit, nak curi duit... itu yang dinamakan wang ihsan,” kata beliau pada Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini malam tadi.

“Oleh kerana ada kebocoran maka berlaku rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Akhirnya rakyat tidak terima apa-apa,” kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini.

Pendirian Tengku Razaleigh itu menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pemimpin Umno sehingga wujud suara agar tindakan disiplin dikenakan ke atas beliau.

Baca selanjutnya di sini...

Aaifikir: KuLi adalah antara pemimpin UMNO yang ikhlas dlm perjuangannya. Kalau kerajaan BN salah dia tentang, bukan pemimpin yg sokong buta-tuli...

Daftar Automatik Pengundi - SPR nak, Kerajaan BN tak nak

Sebelum ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan memberitahu SPR bercadang mendaftarkan pemilih secara automatik bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan birokrasi. SPR juga dalam kenyataan menyebut sejumlah 4.39 juta pengundi atau 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi belum mendaftar. Pada pilihan raya umum Mac 2008, sebanyak 72 peratus atau 7,878,875 pemilih keluar mengundi daripada 10,922,139 jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan memberitahu persidangan parlimen, kerajaan tidak bercadang mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun.Sebaliknya, kata beliau kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka.

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan kebebasan berpersatuan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

“Ini bermakna hanya SPR sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendaftar pemilih belum berdaftar, sedangkan kerajaan tidak berminat berbuat demikian.

Sumber: Selatan Online

Aaifikir: Macam la rakyat ni bodoh sangat. Menteri kata kerajaan tak mau paksa rakyat masa pilihanraya. Itu betul la...rakyat tak boleh dipaksa kalau depa nak mengundi ke atau tak nak! Itu masa nak mengundi. Ini kes masa nak daftar mengundi aje, bertujuan utk menyenangkan rakyat dan jimat masa dan wang jika dibuat secara automatik. Bukan ke senang nak bersihkan daftar mengundi nanti. Mana-mana orang yang dah meninggal, senang aje dibersihkan dari senarai daftar mengundi. Apasal kerajaan tak nak? Apa agenda kerajaan? Takut tak ada lagi pengundi hantu nak undi kerajaan ke? Hampa fikir la sendiri!...

Thursday, March 18, 2010

Kenyataan YB Saifuddin terhadap Pendedahan Zahrain

"Menilai ucapan dan persembahan Zahrain semalam prestasinya naik secara mendadak secara tiba. Sepanjang dia menjadi ahli parlimen, beliau tidak pernah mengambil bahagian berbahas didalam setiap perbahasan samada dalam perbentangan bajet dan juga dewan," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa sepanjang dua tahun di dalam parlimen, Pakatan Rakyat boleh berdepan dan berbahas dengan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan buka semua ahli parlimen dari BN berani berdepan dengan Pakatan Rakyat.

"Bagi saya kelompok yang keluar parti ini digunakan oleh BN sebagai tentera upahan dalam membuat serangan terhadap Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat dengan kehadiran menteri yang ramai semalam, kita dapat lihat bagaimana persiapan ini dibuat sebelumnya

"Pakatan Rakyat tidak akan merubah daripada berdepan dengan BN sebagai musuh politik utama kita, kita berdepan dengan pembunuh Altantuya, kita berdepan dengan perasuah dan perompak harta rakyat dan kita berdepan dengan kerajaan yang tidak menghormati undang-undang

"Kita akan hadapi tentera upahan ini yang menyekat laluan kita tetapi kita anggap ini sebagai halangan kecil dan fokus Pakatan Rakyat tidak akan berubah. Zahrain digunakan sebagai watak baru yang ditonjolkan oleh BN dalam membongkar segala rahsia dalam Pakatan Rakyat dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Saya nak semua tahu Zahrain terbabit membuat satu lantikan terhadap syarikat RM2 dalam projek pengurusan Bukit Jambul Glof Club dan ini bertentangan polisi competency, accountability and transparency (CAT). Kita nak Zahrain kemukakan dahulu kenapa mesti syarikat yang baru didaftar untuk bersaing dalam mendapat projek yang bernilai hampir RM40juta, kenapa Zahrain memberi sokongan kepada syarikat terbabit jika dia tiada kepentingan kenapa dia bersungguh untuk dapatkan projek tersebut.

"Pada Jun 2009 sewaktu menjadi pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), antara keputusannya semua wakil rakyat KEADILAN tidak akan menerima gelaran Datuk walau ditawarkan tetapi Zahrain menulis kepada Ketua Menteri agar diberikan gelaran Datuk Seri. Dalam hal ini kita dapat lihat sikap beliau yang tidak betul dan bertentangan dengan keputusan mesyuarat tersebut," jelasnya

Saifuddin menegaskan berkenaan 16 September dan tidak menafikan tentang usaha 16 September tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahrain adalah tidak benar.

"Zahrain menyatakan Anwar telah berpakat dengan Timbalan Speaker yang akan membuat undi tidak percaya, untuk makluman timbalan speaker hanya ada dua orang sahaja iaitu Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee, jadi kita akan cabar Zahrain untuk menyatakan siapa timbalan speaker tersebut.

Beliau menegaskan untuk memanggil Yang Di-Pertuan Agong hanya boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan tidak ada orang lain layak.


(Sumber dari Greenboc)

Penghargaan Warga Emas RM100 Setahun oleh Kerajaan Negeri Penang

Kenyataan oleh Pejabat Ketua Menteri pada 15.3.2010 di Komtar, George Town

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010.

Bersama sumbangan tersebut, akan disertakan satu salinan surat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan kandungannya seperti berikut:

Tuan/Puan,

Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang Sebanyak RM100 Setahun

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua. Kerajaan berjiwa rakyat boleh disempurnakan menerusi prinsip 3P-Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan kepakaran, ilmu pengetahuan dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran rakyat.

-Perkasakan rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri.

-Perkayakan rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi.

Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun. Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian hanya atas amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) berdasarkan ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul, Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta.

Kerajaan negeri berasa kesal pihak lawan politik kami telah cuba sabotaj program penghargaan wang tunai RM100 ini dengan tuduhan pemberian wang kepada warga emas adalah satu tindakan rasuah. Walaubagaimanapun, kami akan meneruskan program ini dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang siasatan atau tindakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Penghargaan wang tunai RM100 kali ini merupakan kesinambungan kerajaan PR yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar, memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan juga sumbangan beras percuma pada tahun 2008-2009. Jangan ingat anda dilupakan apabila anda sudah tua. Selagi kerajaan PR Pulau Pinang ada, kepentingan warga emas akan diambil berat dan anda akan sentiasa dalam memori.

Usia Emas pujaan hati,
Tak lekang dek panas mahupun hujan,
Jasa dan budi di serata bumi,
Sanjungan rakyat berzaman-zaman.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

Aaifikir: Kerajaan BN Penang dulu beri duit kepada sesiapa yang undi depa saja masa Pilihanraya, itu depa tak kata bagi rasuah ke? Yang Kerajaan Pakatan la ni dia bagi kepada semua Warga Emas Penang tak kira depa sokong ka tak sokong ka asalkan umur 60 tahun ke atas. Lagi pulak diberi setiap tahun, tak tunggu masa pilihanraya aje.... Anak-anak yang hafiz dapat setiap orang RM500, supaya nak galakkan remaja kita hafiz Quran... Banyak beza tu!

Pendedahan YB Zaharin di Parlimen


Semasa berucap di Parlimen kelmarin Zaharin mendedahkan:
  1. Dia diyakinkan yang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti lebih daripada mencukupi.
  2. Dia diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan. Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam.
  3. Dia jugak dimaklumkan yang tentera pun merestui dan menyokong plan tu.
Raja Petra kata, Zaharin tak berbohong, cumanya dia tak cerita perabih plan peralihan tu. Raja Petra hari ni mendedahkan secara keseluruhan plan yang sebenarnya dalam Malaysian Today.

Raja Petra dedahkan sebenarnya calon PM bukan Anwar Ibrahim tapi orang lain. Sapa orang tu tak pulak Raja Petra dedahkan. Orang tu orang Umno dan orang tu bukan Najib.

Raja Petra jugak mendedahkan plan tu melibatkan banyak pihak termasuklah Special Branch dan dan Military Intelligence. Dr. Mahathir mungkin pun terlibat sama dan mungkin sebagai 'mastermind'. Agenda utama dalam plan tu adalah untuk menggulingkan PakLah dan memastikan Najib tidak jadi pengganti PakLah.

Tapi, kesudahannya plan tu tak berjaya bila calon PM tu tak setuju dengan cadangan Dr. Mahathir supaya diujudkan 'Majlis Presiden' yang Dr. Mahathir sendiri akan jadi pengerusi dan Perdana Menteri akan jadi semacam boneka kepada Majlis tu,

Kalau nak tau lebih tepat dan terpeinci plan tu dan cerita penuh. Boleh baca di Malaysia Today.

(Petikan diatas diambil dari blog Cenangau)

Penang: Beza Kerajaan BN/Gerakan dgn Kerajaan PR/DAP

Permatang Pauh - Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn. Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.

Menurut Guan Eng, belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”

Sementara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama.

Aaifikir: Itu baru perintah selama 2 tahun aje tu berbanding dengan masa zaman BN dulu.....dah nampak keuntungan dia...

Sunday, March 14, 2010

Fatwa Al-Qaradhawi berkenaan fitnah Liwat Anwar


Kepada sesiapa yang belum menonton Fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi tentang isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, mari kita saksikan. Dalam video ini jelas Dr Yusuf Al-Qaradhawi menentang fitnah yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semoga video ini dapat membuka mata rakyat. Anda lihatlah sendiri, Ulama' besar dunia juga menyokong Anwar Ibrahim dari sudut pandangan Islam, bukan menyokong secara sembarangan. Yusuf Qaradhawi tidak mempunyai sebarang kepentingan politik di negara ini. Fikirkanlah sekiranya anda mampu berfikir. (sumber kat sini)



Aaifikir: Apa kata Ulamak UMNO pulak? Sewaktu DSAI berceramah di Kg Guar Jering awal Mac lalu, beliau menyatakan bahawa di pasentren wali sogo, sunan ampel wali ke 9 juga telah membuat solat hajat khas dimana hampir 12,000 orang yang hadir. Ini di hadiri oleh Ketua AMK saudara Shamsul Iskandar . Manakala di Kerala India pula Sheikh Abdul Rahman bersama 10,000 pengikutnya telah bersembahyang khas dan meminta beliau juga berdoa di rumah bersama-sama mereka (Rujuk kat sini).
Satu dunia sokong beliau, bukan orang Islam aje, Australia, Amerika, Turkey dsb.... Kalau dia tu jahat hampa ingat ada ka orang luar nak sokong dia??? Cuma orang bodoh aja yang tak boleh nampak hakikat sebenar.... Cuba tepuk dada, tanya diri sendiri, hampa ni kategori mana, bodoh ka pandai?

Monday, March 8, 2010

Keputusan Mahkamah Rayuan - Antara Dua Darjat

Hari ini Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes saman Anwar terhadap Dr Mahathir berkenaan isu pemecatan beliau dari jawatan TPM telah memutuskan bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 adalah sah.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata Yang di-Pertuan Agong, sebagai raja berperlembagaan akan bertindak atas nasihat perdana menteri dan kabinet bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

If the Prime Minister has decided that a particular minister should cease from holding the office, the Yang diPertuan Agong would not be able to say otherwise as a constitutional monarch,” said Alauddin, adding that under the Federal Constitutional, the King’s function was purely ceremonial.

Keputusan hari ini bertentangan dengan keputusan yang dibuat ketika kes Nizar dulu dimana Mahkamah memutuskan bahawa Sultan mempunyai hak untuk melantik atau menyingkir Menteri Besar.

Dalam reaksinya, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong tidak dinasihatkan dan tidak memperkenankan keputusan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membatalkan pelantikannya itu. Katanya, Tengku Jaafar (Yang di-Pertuan Agong ketika itu) telah bertemu dengannya di Munich "di mana baginda telah memberitahunya kepada saya". "Yang di-Pertuan Agong berkata baginda tidak memperkenannya dan sedih dengan pemecatan saya kerana ia tidak dilakukan mengikut perlembagaan," dakwa Anwar lagi. "Ia disaksikan oleh Tuanku Najihah dan (isteri Anwar Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail). Jelas ianya adalah satu tindakan yang salah kerana Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan keputusan tersebut tetapi dipaksa berbuat demikian," dakwa Anwar lagi. Anwar membandingkan keputusan hari ini dengan kes Perak, yang menetapkan bahawa sultan mempunyai kuasa mutlak untuk memecat menteri besar "tetapi dalam kes saya, perdana menterti yang mempunyai kuasa tersebut".

Keputusan Mahkamah yang lalu juga menyebut bahawa Agong mempunyai hak untuk menyingkir Perdana Menteri, tetapi dalam kes Anwar…keputusan mahkamah sudah terbalik.

Keputusan hari ini dibuat 12 tahun selepas permohonan berkenaan difailkan pada 1998. Ia ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Disember 1998 tanpa melalui perbicaraan penuh. Mahkamah Rayuan pula menolak rayuan Anwar pada 25 April 2007, dengan memutuskan bahawa beliau telah dipecat secara sah.

Aaifikir: Mahkamah Malaysia Boleh!!!! Semua keputusan berat kepada Umno / Barisan Nasional.

Friday, February 12, 2010

50 MP Kerajaan & Pembangkang Australia bersatu sokong Anwar

Setelah diperbahaskan di Parlimen Australia, 50 orang Ahli Parlimen dari pihak Kerajaan dan juga pihak Pembangkang Australia telah bersatu dan secara formal menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby telah
menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Salman Ahmad di Canberra Australia.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

Malah menurut surat itu, “ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.”

Aaifikir: Orang luar pun nampak kes Anwar ni tak adil.... Sekarang Anwar bukan sahaja boneka Israel dan US. Puak MENO mesti kata Anwar dah jadi boneka Australia pulak.....

SURAT DARI MP AUSTRALIA

His Excellency Salman Bin L Ahmad
High Commissioner for Malaysia
Malaysian High Commission
7 Perth Ave
Yarralumla ACT 2600

11/02/2010

Dear High Commissioner,

We write to you with regards to the trial of Anwar Ibrahim which is currently taking place in Kuala Lumpur.

We members of the Australian parliament believe Malaysia is an important country, an emerging power in our region, and a friend of Australia. However the trial of Anwar Ibrahim raises serious concerns for us.

While Australia and many other countries no longer have laws against sodomy we respect the right of Malaysia to determine what should be its laws relating to personal morality.

Of more serious concern however is the fact that this trial is taking place at all, particularly given the testimony of Munawar A. Anees in the Wall Street Journal (see attached). We understand that the US State Department has urged Malaysian authorities to resolve this matter in a manner that builds confidence in the impartial rule of law in Malaysia, and we agree with this sentiment. Many friendly observers of Malaysia find it difficult to believe that a leading opposition voice could be charged with sodomy a second time, and so soon after his party made major gains in national elections. It should be made known to the Malaysian Government, that in our opinion, global esteem for Malaysia will be affected by these charges against Mr Anwar. We hope that Malaysia’s authorities will not pursue these charges.

Signed

Members of the Australian Parliament

Dick Adams MP
Senator Sue Boyce
Senator Bob Brown
Senator Carol Brown
Anna Burke MP
Darren Cheeseman MP
Michael Danby MP
The Hon Bob Debus MP
Mark Dreyfus MP
The Hon Laurie Ferguson
Jenny George MP
Steve Georganas MP
The Hon Gary Gray MP
Sharon Grierson MP
Damian Hale MP
Jill Hall MP
Senator Sarah Hanson-Young
The Hon David Hawker MP
The Hon Greg Hunt MP
Senator Steven Hutchins
Julia Irwin MP
The Hon Duncan Kerr MP
Catherine King MP
Andrew Laming MP
The Hon Peter Lindsay MP
Kirsten Livermore MP
Senator Scott Ludlam
Senator Anne McEwen
Daryl Melham MP
Senator Claire Moore
Belinda Neal MP
Shayne Neumann MP
Rob Oakeshott MP
Julie Owens MP
Melissa Parke MP
Graham Perrett MP
Senator Louise Pratt
Kerry Rea MP
Bernie Ripoll MP
Janelle Saffin MP
Sid Sidebottom MP
Senator Rachel Siewert
The Hon Peter Slipper MP
Mike Symon MP
Chris Trevor MP
The Hon Malcolm Turnbull MP
The Hon Dana Vale MP
Maria Vamvakinou MP
Mal Washer MP
Senator Nick Xenophon
Tony Zappia MP

Sumber berita klik kat sini dan sini

Sunday, February 7, 2010

Kes Anwar: Laporan Hal Ehwal Luar Negara Australia

Setelah seminggu mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rumusan awal oleh dunia antarabangsa ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.

Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar.

Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.

Danby memberitahu parlimen bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Ahli politik veteran mengenai hal ehwal Asia ini berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.

Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999.

Menurut beliau kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip-prinsip demokrasi.

Danby menegaskan bahawa semua pihak di Malaysia dan pengamal undang-undang antarabangsa yakin Anwar tidak bersalah atas semua tuduhan ini.

Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau adalah satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.

Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih daripada lima dekad.

Di bawah Umno, Malaysia sudah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.

Untuk perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini.

Contohnya ketika ekonomi Malaysia mengucup negatif 2.8 peratus tahun lalu, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus

tvs


Sumber Biagpila

Contoh Bukti Yang Direka-reka Dlm Kes Liwat Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat. Beberapa contoh dapat diberikan.

Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabit mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar. Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan: ”Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?" Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayakan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia.
Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya (Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan: "Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."

Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.


Sumber dari blog Era Pasca

Aaifikir: Malaysia Boleh...

Saturday, February 6, 2010

Video Kenyataan DS Najib Berkenaan Dgn Saiful



Aaifikir: Lihat gerak badan, gerak percakapan beliau dan kemudian nilai sendiri samada percaya ke tak tentang Konspirasi Liwat 2 kali ni...

Video Saiful Bersumpah Diliwat Vs Kenyataan Bersumpah Dr Pusrawi



Lepas tu cuba hampa tengok video kenyataan bersumpah Dr Pusrawi pulak...


Aaifikir: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui... Jangan kita menjadi penyebar fitnah apabila hanya percaya pada apa yang dibaca dan didengarkan oleh Utusan dan TV3...

Misteri Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim

Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar. (Dipetik dari blog Biagpila)

1. Bukti asas tak dibenarkan. Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan. Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri. Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan.. ...

2. Laporan Polis Pengadu enggan diserahkan kepada Pihak Anwar. Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan. Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi. Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO. DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka.

5. Laporan tiada bukti diliwat oleh Hospital Pusrawi. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai. Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara. UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL. Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat.

9. Najib Mengaku jumpa Saiful. Isu motif dan tujuan Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang. (Anwar bebas dari tuduhan liwat 1 hanya setelah 9 tahun dipenjarakan dan dibebaskan setelah melalui beberapa proses mahkamah)

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN. Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.

Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.


Aaifikir: Lubang depan pun kalau tak terbuka dgn betul susah nak masuk inikan pulak lubang belakang. Cuba hampa kemut sat lubang jubur kemudian gunakan jari telunjuk kiri try jolok masuk lubang jubur hampa tu. Senang masuk ke?? Kalau jari bertulang pun susah inikan pulak batang yg tak bertulang KAH KAH KAH lawak gila beb!!! Geli hati aku....


Saturday, January 23, 2010

Isu "Allah" apa kata Anwar (video)

Buka minda anda jangan jumud...Dengar dan nilai apa kata beliau...

Isu Royalti Minyak - Busuknya Hati Pemimpin UMNO

KUALA TERENGGANU, Jan 21 — Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata, ahli-ahli politik termasuk anggota jemaah menteri dari Umno, yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

“Persoalan yang ada di hadapan kita semua sekarang ialah berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

“Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.

“Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di sini.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. “Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya,” katanya.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

“Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini,” katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, “itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri.”

Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

“Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini,” ujarnya.

Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak ‘cakna’ terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.

Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.

“Kalau kita tengok kes Terengganu, kes sama lah tu, hingga sekarang masih belum selesai,” katanya.

Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.

“Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?” soalnya.

“Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka.

“Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas,” katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.

Sehubungan itu beliau menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan termasuk menteri-menteri agar berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.

“Selagi banyak mereka bercakap hal ini, semakin jelaslah kebodohan dan kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini,” tambah beliau.

Sumber dari The Malaysian Insider

Isu "Allah" kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz

Berita dari The Malaysian Insider:

KUALA LUMPUR, Jan 18 — Masyarakat bukan Islam di tiga negeri dan Wilayah Persekutuan kini boleh menggunakan kalimah “Allah”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar).

Minggu lalu, beliau berkata kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan dalam bahasa kebangsaan.

Dengan itu mereka di Pulau Pinang dan Wilayah-wilayah Persekutuan juga boleh menggunakan kalimah “Allah” yang menjadi kontroversi sekarang.

Pendirian itu difahamkan berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Pada pandangan saya, keputusan mahkamah hanya efektif bagi Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang, bukan negeri-negeri lain yang ada undang-undang ini (enakmen),” kata beliau.

“Saya tidak fikir bahawa perlu diluluskan undang-undang (enakmen) di Sabah dan Sarawak. Saya merasakan ia menjadi budaya di sana tetapi berbeza di sini,” kata beliau merujuk kepada Semenanjung.

Setakat ini 10 negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan menguatkuasakan enakmen itu yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan secara bertulis atau lisan ungkapan dan perkataan yang dilarang.

Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetap berpendirian bahawa masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak tidak harus menggunakan lagi kalimah “Allah” di gereja masing-masing untuk merujuk kepada Tuhan dalam bahasa kebangsaan.

Sekarang baca pula pandangan dari utoh paloi banjar blog

Kenyataan Nazri seterusnya boleh juga membawa tafsiran bahawa Allah kini sudah mempunyai dua wajah. Di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah persekutuan, Allah berwajah universal, manakala di negeri-negeri lain Dia bersifat perkauman. Kenapa?

Allah, seperti juga Ketuanan Melayu, sudah dijadikan senjata politik. Senjata itu bertambah ampuh apabila ‘enakmen’ negeri-negeri di Semenanjung dijadikan kubu untuk berlindung. Walaupun enakmen itu boleh dipinda, mereka yang berkuasa tidak akan melakukannya selagi belum terdesak, selagi belum mendapat isyarat jelas perubahan angin pengundi Sabah dan Sarawak.

Kalau UMNO tidak menganggap isu Allah sebagai senjata penting, masakan KDN sendiri yang membuat rayuan sekali gus menyanggah keputusan hakim mahkamah tinggi. Dan secara tidak langsung memberi isyarat kepada mahkamah rayuan supaya tidak membuat keputusan serupa. Apabila kementerian melenting, mempertikai keputusan hakim, maka telinga nipis orang Melayu pun terus berdesing.

Orang Melayu yang kononnya mempertahan kesucian agama hilang pertimbangan, sehingga sanggup bertindak liar. Apa rasanya kalau orang lain merosakkan masjid, surau dan madrasah kita?

Selama ini kita marah bila Barat mengaitkan Islam dengan keganasan. Orang Melayu yang bertindak ganas ke atas gereja dan kuil sebenarnya me’rubber-stamp’kan tanggapan Barat - Islam sinonim dengan keganasan. Manakala sikap toleransi dan kesabaran pihak yang jadi mangsa menaikkan lagi imej agama mereka sebagai pendokong keamanan.

Adakah dengan menghalang agama lain menggunakan kalimah-kalimah tertentu dapat memberikan orang Melayu jalan pintas ke syurga? Atau dapat membetulkan akidah remajanya yang sudah terpesong?

Kalau jawapnnya ia, maka izinkan saya untuk berbeza pendapat.

Longgarnya akidah remaja Melayu hari ini bukan kerana pengaruh gereja dan majalah mereka. Kalau pun ada yang terpesong, kenapa disalahkan orang lain? Seperti juga dalam peperangan, kalau tewas, kenapa salahkan kekuatan musuh? Kenapa tidak salahkan kekurangan persiapan sendiri?

Ramai pernah mendengar hadis yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan atas fitrah, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.”

Namun, sejauh manakah ibu bapa mengamalkan gaya hidup yang berteraskan Islam secara menyeluruh, membina diri dan keluarga, membentuk anak-anak dengan jati diri muslim sejati?

Kalau pun ada, bilangannya dapat dikira dengan jari. Hari ini, lebih ramai yang berlumba – lumba mencari harta dunia dan kemewahan. Semua berkait rapat dengan wang dan keuntungan sehingga tiada garis pemisah antara halal dan haram. Akibatnya, lahirlah golongan remaja dan masyarakat yang runtuh akhlak dan goyah iman hingga terhakis satu persatu nilai suci agama yang seharusnya menjadi pedoman dan penyelamat kehidupan manusia. Kefahaman terhadap Islam semakin gersang diganti dengan fahaman jahiliah yang menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu hari ini.

Apakah itu semua berpunca dari pengaruh agama lain atau semata-mata kerana sifat semula jadi orang Melayu? Setelah melihat bayang-bayang sendiri yang menggerunkan, maka diciptalah pelbagai alasan untuk mengalih pandangan. Bermula dengan isu pendatang, ketuanan Melayu dan yang terkini usaha ’mempatentkan’ atau meng’copyright’kan kalimah Allah.

Persoalannya, adakah dengan memonopoli penggunaan kalimah ‘Allah’ akan dapat menyedarkan orang Melayu, atau mengembalikan muda mudinya yang sinonim dengan rempit, bohsia, dadah, black metal, punk, skinhead dan bermacam lagi gejala negatif, ke jalan lurus?

Sebenarnya orang Melayu takut menghadapi kenyataan bahawa kegagalan menerapkan roh dan akidah Islam itulah punca terpesongnya halatuju mereka. Selagi kita tidak berani menerima kenyataan, selagi bapa tidak berhenti kencing berdiri, selama itu jugalah anak-anak akan terus kencing berlari.

Bila Hadi Awang dan Nik Aziz bersuara, ’spin doctor’ UMNO segera mengaitkannya dengan politik. Anehnya, (sebenarnya bukan aneh) bisunya ulama UMNO tidak pula dikaitkan dengan politik - menjaga kepentingan majikan yang bergantung harap kepada pengundi.

Presiden PAS sudah pun mengeluarkan pendapat dengan hujah dan nas. Apakah pula pendapat presiden UMNO? Sanggupkah menerima atau menolak dengan hujah dan nas tersendiri, atau hanya mendiamkan diri demi menjaga hati penyokong dan pengundi yang masih lena dibuai mimpi?

Atau bersetuju dengan pandangan radikal DS Nazri, “Actually, in my opinion, I prefer to let it be.”

Orang seperti saya yang hanya tahu Rukun Islam dan Rukun Iman, Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah, bangsa dan agama manapun yang ingin menggunakan perkataan ‘ALLAH’ tidak jadi persoalan. Menghayati hukum Wajib, Sunat, Makruh, Harus dan Haram lebih penting dari meniru aksi ayam jantan yang riuh berkokok sedangkan ekor bergelumang tahi.

Saturday, January 9, 2010

Anwar Mohon Perintah Mahkamah Syariah Dakwa Saiful

Kenyataan Media Dato’ Seri Anwar Ibrahim Selepas Memfailkan Tuntutan Agar Tuntutan Qazaf Tidak Dilengahkan Lagi


7hb Januari 2010

Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi
Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak
iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN (“MSB”) di atas kesalahan jenayah Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan
1997.

Saya juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan
Pengarah JAWI dan Menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap MSB.

Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Laporan Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26.6.08.

Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan
kepada JAWI kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah
Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama
saya pada waktu kejadian.

Dalam bulan Ogos 2009 saya mendapat maklumat pihak JAWI telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan Mahkamah terhadap MSB. Kesemua surat-surat peguam syarie saya yang bertanyakan mengenai status Laporan Qazaf saya, tidak dijawab KPS.

Oleh itu saya agak terkejut apabila YB Menteri telah memberitahu
Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan Qazaf terhadap MSB hendaklah menunggu perbicaraan Liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah Qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah Liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Jenayah yang digunakan di Mahkamah Sivil.

Saya memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.

Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan
Responden-Responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.

ANWAR IBRAHIM

Aai: Siapa berani....Siapa pulak yang takut... Lu fikir la sendiri!

Nasib Najib Terus dirundum Malang....

http://media.economist.com/images/20081108/4508AS4.jpg

Nampak PM 1Malaysia semakin tertekan berikutan isu-isu berkaitan kelemahan dan penyelewengan Kerajaan 1 Malaysia. Nampaknya isu 'Kalimah ALLAH' tidak mampu menutup bau busuk bangkai penyelewengan Kerajaan 1 Malaysia. Najib dilihat cuba mengalih isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene dengan pihak berkuasa Perancis yang berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sekarang Najib dilihat sedang mencipta sesuatu muslihat bagi mengalih perhatian rakyat Malaysia.Selain itu terdapat banyak lagi isu yang memeningkan kepala PM 1 Malaysia kita diantaranya:

1.Hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan.

2.Kehilangan Enjin Pesawat T.U.D.M.

3.Kematian mengejut Teoh Beng Hock yang telah dibuktikan oleh pakar forensik dari Thailand Dr.Prontip bahawa beliau telah di BUNUH.

4.Kes perbicaraan MB Sah VS MB Haram di Perak.

Isu kalimah ALLAH yang diharap dapat mengalih isu ditambah dengan berita pembakaran beberapa Gereja sesekali tidak dapat menutup bau busuk bangkai yang ditinggalkan UMNO....

- Dari blog Na'im Nik'mat

"Allah" dalam lirik lagu resmi negeri-negeri...

Menyentuh mengenai lagu kebangsaan negeri-negeri, beberapa buah negeri menyelitkan nama Allah juga, bagaimana apabila yang bukan Islam dipaksa menyanyinya seperti lagu kebangsaan negeri Perak?

Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan

Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan

Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.

Atau lagu kebangsaan negeri Pahang

“Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami”.

Mengapa ia tidak diharamkan atau diarah semua bukan-Islam tutup mulut dari menyebut perkataan Allah?

Inilah kerja-kerja bodoh golongan nasionalis dan separa-nasionalis (UG) yang cuba mengkurung nama Allah hanya untuk umat Islam tetapi tak melihat realiti sebenar apa yang telah dan sedang berlaku, sedangkan selama ini mereka berdiam diri! - Dari Best1of4' blog

Aai: "Allah" merujuk kepada tuhan ada disebutkan dalam lagu negeri Perak, Pahang dsb yang mana lagu ini adalah lagu rasmi yang dinyanyikan oleh semua anak negeri tidak kira bangsa dan ugama. Sudah tentu dalam kes ini "Allah" dimaksudkan adalah tuhan bagi orang Islam, Kristian, Budha, Hindu dsb... Cuma yang berbeza adalah konsep ketuhanan itu sendiri bagi setiap agama. Bagi orang Islam sudah tentu "Allah" itu Tuhan yang Esa, manakala bagi orang Kristian dengan fahaman konsep trinity... Sebab itu aku setuju dengan pandangan Ustaz MAZA yang mengatakan sesungguhnya pemakaian sebutan "Allah" oleh orang bukan Islam itu tidak dilarang dalam Al-Quran...Bahkan berdasarkan dalam lirik lagu rasmi negeri-negeri di Tanah Melayu ini, kita dah pun lama membenarkannya...

Fikirkan kenapa isu ini tidak timbul sewaktu dahulu? Kenapa sekarang baru nak bising? Cuba fikirkan kenapa isu ini dibiarkan berlarutan begitu lama.... Kenapa sewaktu Mahkamah memutuskan nama "Allah" boleh digunakan merujuk kepada Tuhan bagi orang Kristian, pihak Kerajaan tidak mengambil keputusan segera membuat rayuan di mahkamah bagi menangguhkan keputusan tersebut?

Dalam kes Perak tempohari, sewaktu mahkamah tinggi memutuskan MB Nizar adalah MB Perak yang sah, tak sampai 24 jam boleh pulak rayuan utk penangguhan dibuat.

Cuba fikirkan kenapa demonstrasi perarakan kepala lembu dibenarkan dan tiada pulak polis atau FRU yang menghalang demonstrasi itu diadakan?

Kini Kerajaan tidak pulak nak menghalang apabila orang Islam hendak berhimpun di masjid bagi menyuarakan bantahan... Bukankah isu ini sensitif dan perlu dihalang tapi dibenarkan pulak....

Pelikkan! Bila isu ini timbul parti manakah yang dijangka mendapat manfaatnya? Fikirkan.....