Showing posts with label Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Altantuya. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala

Wednesday, November 25, 2009
Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala
Nov 25, 09 4:40PM
Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya ada kaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam perisik persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

Menurutnya, fakta-fakta nampaknya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu dia lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik Najib - Datuk Nazim - dan menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa dia (Nazim) berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan dari abangnya?".

Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib - Datin Seri Rosmah Mansor - supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Najib telah berulangkali menafikan spekulasi bahawa beliau adalah di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan balasubranamiam menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan pertemuan seterusnya beliau dengan bekas pegawai polis itu, selepas muncul semula dari persembunyian setahun kemudiannya.

Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."

"Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.

Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".

Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana subahat dan konspirasi.

Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Bala di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.

Berita dipetik dari Malaysiakini.

Aai: Dulu ketika ditanya kepada Najib adakah dia akan saman Bala, Najib kata tak perlu memandangkan Bala telah pun tarik kenyataan bersumpah beliau terdahulu yang babitkan Najib dgn pembunuhan Altantuya. La ni macam mana..... Beranikah Najib menyaman Bala???

Drama TV Hong Kong - Kisah Pembunuhan Altantuya




Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri bertajuk “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur” berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.

Arnaud Dubus wartawan yang berpengkalan di Bangkok, Thailand telah membuat kajian mengenai kes pembunuhan berprofil tinggi tersebut dan pernah ke Kuala Lumpur, Mongolia dan Perancis untuk melengkapkan kajiannya. Dalam tulisannya yang bertajuk The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? beliau telah mendedahkan bagaimana Azilah Hadri memberitahu Sirul Azhar Umar bahawa mereka akan mendapat bayaran sekitar RM 50,000 – RM 100,000 untuk “menyelesaikan” Altantuya.

Utk membaca Hasil siasatan wartawan Perancis, Arnaud Dubus, klik kat sini.

Dalam drama siri emas itu nanti, watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansor oleh Rebecca Chan.

Drama bersiri terbitan TVB Hong Kong ini dirancang untuk ditayangkan dlm siaran drama siri emas pada tahun 2010 nanti.

Kita tungguu.......

Utk berita selanjutnya, klik di sini.

Aai: Apasal TVB Hong Kong sampai begitu berani buat cerita kisah pembunuhan Altantuya sehingga mencemarkan imej Najib Razak? Kenapa Najib tak berani nak saman pertuduhan wartawan Perancis tsb yg mengaitkan dirinya dgn pembunuhan Altantuya utk bersihkan nama beliau? Jika di saman, sudah tentu perbicaraan akan diadakan di luar negeri di mana sistem kehakimannya adalah benar-benar bebas dan sudah tentu bukti-bukti akan dibawa ke mahkamah...Adakah Najib takut? Lu Pikir la sendiri...